When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.Smile always ^___________^:)

LIKE LAJU-LAJU

Friday, February 28, 2014

Thanks ABAH Thanks MA

Hai selamat petang =)

Rajin pulak jari jemari I petang-petang nie nak gosok keyboard ni haa. Sayang sangat dekat lappy ni sebab my abah yang hadiahkan demi nak lihat anaknya yg keempat ni menyambung pelajaran.

Kadang-kadang shera rasa bersyukur sangat bila dapat sambung belajar. Yelah, tgk my parents macam give all their supports kat shera. Walaupun macam dah lewat jer masuk belajar. Sebab kesedaran nak belajar datang lambat sikit kot. Hehehe..

My mom pulak macam-macam dia sediakan keperluan I nak pergi belajar ni. Esok nak masuk kolej pun hari ni sempat dia pergi beli barang-barang keperluan lain. Bukan sebab I anak mereka satu-satunya yg masuk universiti mungkin sebab mereka gembira yg finally hati anaknya ini terbuka juga untuk belajar. Yelah, mak ayah mana yang tak nak tengok anak mereka berjaya kan. Lagipun, sekarang nie nak kerja macam susah sikit. Walaupun sebelum nie dah kerja tapi dengan kerja macam tu tak menjamin sangat.

Takpe lah rezeki semua tu datangnya dari Allah SWT. Selagi kita usaha, berdoa insyaAllah kejayaan tu pasti milik kita. And to both of my one and only Ma and Abah, insyaAllah anakmu ini akan balas jasa kalian berdua and belajar bersungguh-sungguh. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yg baik serta memanjangkan umur kalian berdua agar shera dapat membalas jasa kalian berdua yg sampai bila-bila pun takkan mampu dibalas. Doakan shera ye semua. Ameen =)


Thanks readers !

Thursday, February 27, 2014

Pendaftaran UiTM

Selamat Pagi =)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah semalam 27 Feb 2014 selesai juga pendaftaran shera sebagai pelajar. Sekarang shera kena daftar subjek sebab minggu depan dah kena masuk kelas dah. Macam culture shock pun ade sebab everything kat situ kena buat sendiri. Kalau dulu waktu diploma, kelas, subjek-subjek semua dah Penasihat Akademik sediakan.

Sebenarnya, shera pun rasa kelakar juga sebab semalam yg mendaftar sekali dengan shera, hanya shera je orang kelantan. So, lepas daftar semalam shera terus balik. Syukur juga bila shera dapat kolej, at the same time risau juga kot kot kena duk luar. Sampaikan roomates shera pun tak sempat nak jumpa semalam. Rasanya dua-dua. orang jauh Sebelum balik semalam shera ada naik bilik nak jumpa dorang tapi sorang pun takde maybe keluar dgn family sebelum family masing-masing balik. I lain lah dekat jerr... hehe

Ahad ni akan bermula semula liku-liku kehidupan shera sebagai seorang student. herher..  Setelah lebih setahun meninggalkan buku-buku, pensil, pen, pemadam,pembaris dan beg sekolah. Harap-harap kehidupan  yg pastinya lebih mencabar lepasni dapat shera jalani dengan baik. InsyaAllah 

Salam Jumaat readers !

Tuesday, February 25, 2014

New Life New Self

Assalamualaikum =)

Dah lama sangat tak bersua dengan blog ni. Sebenarnya blog ni dah lama tapi I dah banyak delete entri-entri lepas sebab bila baca entri lepas rasa macam tak matang je. Hiks (ye ler umur pun dah meningkat kan)

Esok khamis 27 Februari 2014, shera akan mendaftarkan diri sekali lagi sebagai seorang pelajar di uitm  (student's life la lepasni..er..er). Sebenarnya lepas shera grad diploma hari tu pada tahun 2012, shera pun tak sangka yang shera akan sambung belajar lagi. Tapi mungkin ini sudah rezeki shera dan jalan ini yg Allah swt aturkan buat hambaNya ini :) dan semoga jalan yg shera pilih ini adalah yg terbaik. InsyaAllah...

Sebelum ini shera dah bekerja dekat sebuah tempat pembekal gas memasak, Mira Gas (dulunya dikenali sebagai Shell Gas. Bila dah dapat further study nie terpaksa lah shera resigned setelah 5 bulan memerah keringat kat situ sebagai Accounts/ Sales Clerk. Sedih dan rindu jugak kadang-kadang sebab shera pun dah selesa sangat kerja kat situ. Banyak pengalaman yg shera kutip sepanjang bekerja dekat Heng Seng & Co (tempat shera bekerja).Sometimes terasa macam bekerja dekat bank pun ada. Bayangkan shera and officemate akan kira duit customer/dealer dalam puluh-puluh ribu sehari tanpa mesin duit. Tapi seronok sebenarnya kira duit ni. Hihi. Dan sepanjang kerja kat situ sempat juga lah short duit. Hehe..


Rindu tong-tong gas. Hihi